SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Bunuh kambing dengan renungan mata

>> Monday, November 2, 2009


SATU adegan filem The Men Who Stares At Goats menunjukkan Clooney (kiri) menggunakan matanya untuk membunuh seekor kambing.



LONDON - Ramai menyangka Projek Jedi yang dipaparkan menerusi filem terbaru The Men Who Stare At Goats lakonan George Clooney yang membunuh seekor kambing dengan menggunakan kuasa matanya merupakan imaginasi seorang penulis skrip Hollywood.
Namun, sebuah akhbar semalam mendedahkan bahawa tidak ramai yang mengetahui bahawa ia merupakan sebahagian daripada projek sulit tentera Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan sekumpulan anggota tentera yang menggunakan kuasa psikik dan bukannya senjata api.
Projek perintis itu yang disokong dengan penyelidikan canggih mahu menggunakan kuasa psikik bagi merevolusi kaedah peperangan.
Menerusi Projek Jedi, tentera AS mahu menghasilkan anggota tentera 'ajaib' yang mampu merisik dan membunuh musuh serta mematikan bom nuklear dengan menggunakan kuasa minda mereka.
"Anda perlu sedar bahawa idea ini tidak dianggap mengarut oleh pihak tentera," kata seorang anggota pasukan khas yang terlibat dalam Projek Jedi, Sarjan Glenn Wheaton.
Menurutnya, tentera AS turut melakukan penyelidikan dan eksperimen kuasa psikik bagi menghasilkan askar yang boleh berjalan menembusi dinding dan menjadi halimunan.
Ketaksuban penggunaan kuasa paranormal itu bermula apabila tentera AS mendapat maklumat bahawa Rusia giat membangunkan program senjata psikik mereka sendiri yang melibatkan lebih 40 institut paranormal negara itu.
"Mereka dilihat bakal membuka lembaran baru teknologi ketenteraan. Kita perlu mengetahui sama ada kuasa minda boleh digunakan bagi tujuan ketenteraan selain mencari cara untuk melindungi diri jika diserang mereka (Rusia)," tambahnya.
Sejak beberapa dekad lalu dunia dikejutkan dengan beberapa demonstrasi kuasa minda luar biasa terutamanya oleh pengamal magis dari India, Yusultini yang mengapungkan diri wanita ke udara pada tahun 1950-an. - Agensi

NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO




TAJUK:BUDAK TERKUAT DUNIA







ROM - Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Giuliano Stroe (gambar) menarik perhatian ramai apabila mampu melakukan pelbagai aksi lagak ngeri, lapor sebuah akhbar semalam.Pada awal tahun ini, dia berjaya memikat panel hakimGuinness World Recordsketika mengadakan persembahan berbahaya untuk satu program televisyen Itali.Dalam persembahan itu, dia membuat aksi berdiri dalam keadaan terbalik.Dia berjalan dalam keadaan terbalik sejauh 10 meter dengan sebiji bola diapit oleh kedua-dua kakinya.Giuliano menetap di Itali bersama keluarganya yang berasal dari Romania dan mencipta rekod dunia sebagai manusia paling kuat dalam usia muda iaitu semasa berumur empat tahun.Bapanya, Iulian Stroe, 33, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu memiliki susuk tubuh seperti seorang ahli bina badan dan turut diberi gelaran sebagai Hulk Hogan yang merupakan penggusti terkenal."Dia sering mengikuti saya ke gimnasium dan saya membawanya namun dia dilarang berlatih berseorangan," katanya.Giuliano kini menjadi perhatian ratusan ribu pengunjung laman perkongsian YouTube yang menyaksikan rakaman dia berlatih dan melakukan aktiviti lagak ngeri.Walaupun popular, jika tiada latihan angkat berat, Giuliano masih seperti kanak-kanak normal lain yang suka melukis, menonton kartun dan gembira bermain di padang. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO

TAJUK:Misteri gadis hilang ingatan di New York



NEW YORK - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) merayu orang ramai agar tampil memberikan maklumat bagi membantu mengenal pasti identiti seorang remaja perempuan yang hilang ingatan sejak dua minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.Remaja yang digelar 'Jane Doe' itu kini berada dalam jagaan pihak berkuasa bandar raya New York selepas polis menemuinya bersendirian berhampiran sebuah stesen bas di sini, pada pukul 12.30 pagi waktu tempatan, 9 Oktober lepas.Ketika ditemui, dia tidak memiliki kad pengenalan diri selain tidak dapat mengingati nama, alamat atau ahli keluarganya manakala pemeriksaan cap jari turut gagal mengesan identitinya.Ketika ditemui Jane Doe cuma dia dapat mengingati dengan lancar petikan ayat sebuah novel fantasi popular, Fool's Fate yang diterbitkan pada 2003.."Saya mahu mengetahui siapakah saya yang sebenarnya dan apakah yang berlaku kepada saya," remaja yang dianggarkan berusia di antara 14 hingga 17 tahun itu dipetik sebagai berkata.Beberapa pegawai memberitahu, gadis berambut perang dan bersuara lembut itu sudah diperiksa oleh beberapa pakar polis dan psikiatri dan mereka mendapati dia tidak berbohong berhubung keadaan dirinya.Pada satu ketika, gadis itu menulis nama Amber dan menyahut apabila dipanggil dengan nama tersebut.Namun, dia tidak pasti sama ada Amber merupakan namanya. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO



TAJUK:Kembar labah-labah tumpuan sarkas





JAMUNA (kiri) dan Ganga melakukan aksi labah-labah dalam satu pertunjukan sarkas di Kolkata, India baru-baru ini.


SEPASANG kembar siam wanita yang digelar 'Adik Beradik Labah-Labah' menyara kehidupan keluarga mereka dengan mengadakan persembahan di sebuah sarkas di India, lapor sebuah akhbar semalam.Kembar berumur 39 tahun bernama Jamuna dan Gangga itu dianggap kembar ganjil di dunia kerana memiliki dua kepala, tiga kaki dan empat tangan.Selama lima jam pada setiap malam, orang ramai mengerumuni sebuah sarkas untuk menyaksikan aksi mereka 'merayap' seperti seekor serangga untuk memperoleh pendapatan £26 (RM143.50) sebulan.Bayaran yang diterima itu mencukupi bagi menyara keluarga mereka seramai 22 orang untuk tempoh dua minggu.Kembar siam itu enggan dipisahkan kerana bimbang apabila diberitahu beberapa doktor bahawa pembedahan boleh mengancam nyawa mereka tetapi seorang pakar bedah, Dr. James Stein menyatakan, ia boleh dilakukan di Amerika Syarikat."Tuhan telah mencipta kami seperti ini dan kami akan meneruskan hidup kami seperti mana yang ditakdirkan," kata Ganga. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO





TAJUK:Britain miliki 1.6 juta penjenayah sepenuh masa



SEORANG anggota polis menahan penunjuk perasaan di London baru-baru ini. - Gambar hiasan

BRITAIN memiliki 1.6 juta penjenayah sepenuh masa yang bertanggungjawab melakukan puluhan ribu kes jenayah pada setiap tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Laporan itu yang memetik kajian Jabatan Dalam Negeri Britain menyatakan, angka mengejutkan itu merupakan pertambahan sejumlah 410,000 orang penjenayah aktif berbanding tempoh sebelumnya.Mereka bertanggungjawab mencetuskan banyak penderitaan terhadap orang ramai dengan melakukan pelbagai jenayah terutama menyamun, merompak dan mencuri.Malah, semua penjenayah tegar itu menyebabkan kerugian wang dan harta benda terkumpul mencecah £105 bilion (RM582.6 bilion) sepanjang kerjaya mereka."Hasil kajian itu amat membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa hanya seorang daripada setiap 20 penjenayah aktif di Britain, berada dalam penjara," kata seorang penyelidik jenayah, Max Chambers.Menurutnya, jumlah penjenayah yang berjaya dipenjarakan setakat akhir Jun tahun ini hanya 83,450 orang. - Agensi

NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO













0 comments:

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP