BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!
NADYA SULEMAN (tengah)
bersama bayi kembar lapan yang diletakkan di sebuah meja khas di Los Angeles
baru-baru ini.
LOS ANGELES - Ibu bayi kembar lapan di Amerika
Syarikat (AS), Nadya Suleman ketagih untuk memiliki lebih ramai anak walaupun
terpaksa mengupah beberapa pengasuh bagi menjaga lapan anaknya, lapor sebuah
akhbar semalam."Sesetengah orang ketagihan dadah. Saya
pula ketagih memiliki anak," kata wanita berusia 34 tahun itu yang
mengimpikan sebuah keluarga besar setelah menjadi anak tunggal kepada pasangan
suami isteri, Ed dan Angela Suleman.Setiap kali tiba waktu makan, suasana
kediamannya di sini bingit dengan tangisan bayi manakala empat orang pengasuh
bergegas membantu memberi susu kepada kelapan-lapan bayinya kerana Nadya tidak
mampu melakukan tugas tersebut berseorangan."Setakat ini mereka sihat dan tidak
menghadapi sebarang masalah kesihatan," katanya.Nadya mencuri perhatian masyarakat dan media AS
apabila menjadi ibu bayi kembar lapan kedua di dunia pada Januari lalu selepas
11 tahun kelahiran kembar lapan Chukwu di Houston, Texas.Namun, perasaan kagum orang ramai bertukar benci
apabila media mendedahkan bahawa Nadya menganggur serta memiliki enam orang
anak berusia bawah 8 tahun namun dia secara sengaja melahirkan kembar lapan itu
menerusi rawatan persemanian luar rahim (IVF).Wanita itu yang masih bujang, menyara 14 orang
anaknya menerusi bantuan kebajikan kerajaan California yang berjumlah AS$4,153
(RM14,133) sebulan selain tajaan pihak swasta. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment