BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!
KON bahagian enjin
pesawat Boeing 777 Delta Airlines yang terjatuh di hadapan rumah seorang
penduduk di Roosevelt, Long Island kelmarin.
SEBAHAGIAN kon enjin pesawat Delta Airlines
tercabut sebelum terjatuh di halaman sebuah rumah di sini Khamis lalu namun
kejadian itu langsung tidak disedari krew penerbangan tersebut.Malah, semua 206 penumpang serta 15 anak kapal
Boeing 777 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kennedy New York ke Tokyo tidak
menyedari perkara itu hingga tiba di Jepun 14 jam kemudian.Jurucakap syarikat itu, Arlene Salac berkata,
seorang petugas Delta melaporkan kehilangan bahagian itu sebaik pesawat
tersebut selamat mendarat dan menjalani pemeriksaan rutin.Kon sepanjang 1.2 meter dan lebar hampir semeter
dengan berat sembilan kilogram itu ditemui 15 kilometer dari lapangan terbang
di sebuah kawasan kejiranan Roosevelt, Long Island.Kejadian sama membabitkan pesawat Boeing 777
pernah dilaporkan oleh sejumlah akhbar Jepun pada 2005. – Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment