GAMBAR menunjukkan kambing kepala dua di Lumajang, Indonesia.
LUMAJANG, Indonesia - Seekor anak kambing berkepala dua milik seorang penduduk di sini, Muhammad Hasyim yang berumur 25 tahun menjadi tumpuan orang ramai yang sanggup pergi ke rumahnya untuk melihat haiwan itu, lapor sebuah akhbar semalam.Kambing betina berwarna putih yang diberi nama Melati itu dilahirkan oleh ibunya kelmarin dan mempunyai empat mata dan dua telinga.Menurut Muhammad, semasa dilahirkan, ibu kambing itu berteriak dan meronta tanpa henti sehingga menyebabkan badannya kejang.Dia berkata, selain Melati, ibu kambing itu turut melahirkan seekor anak kambing jantan yang mempunyai tubuh normal."Alhamdulillah, kambing saya masih lagi hidup," kata Muhammad yang memberitahu bahawa dia memberi haiwan itu minuman susu segar.Menurutnya, kambing itu akan mengamuk jika ia diletakkan berjauhan dengan ibunya. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO
WELLINGTON - Seorang guru New Zealand, Rachel Whitwell (gambar) bakal berdepan tindakan disiplin selepas dia muncul di dalam laman web sebuah majalah bogel, lapor sebuah akhbar semalam.Dia yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Otara, utara Auckland kini disiasat oleh Majlis Guru New Zealand setelah gambar-gambarnya dalam keadaan bogel disiarkan.Whitwell menggunakan nama manja Lexy dan sebanyak enam keping gambar yang menunjukkan dia dalam keadaan mengghairahkan disiarkan dalam laman itu."Saya berusia 26 tahun ialah seorang guru yang masih bujang dan berasal dari New Zealand serta berhasrat untuk menyertai bidang model," katanya dalam laman tersebut.Guru itu turut mendakwa pernah menulis beberapa buah cerita lucah untuk sebuah majalah bogel dan mengendalikan sebuah studio tarian tiang miliknya.Pengarah Majlis Guru New Zealand, Peter Lind berkata, Whitewell masih merupakan seorang guru yang berdaftar sehingga September 2011.Namun, dia kini bercuti mengajar dengan alasan untuk membesarkan seorang anak perempuannya. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO
TAJUK:KAWAH MISTERI
RIGA, Latvia - Penduduk di utara Latvia gempar apabila sebuah kawah besar terbentuk dipercayai akibat dihentam sebutir tahi bintang lewat kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.Kejadian itu berlaku dekat sebuah rumah ladang dekat bandar Mazsalaca dalam daerah Valmiera berhampiran dengan sempadan Estonia, 798 kilometer ke tenggara Moscow, Rusia.Ia menghasilkan kawah sedalam lima meter dan selebar 15 meter, namun saksi-saksi berkata, mereka mendengar bunyi kuat seperti sebuah pesawat terbang yang rendah sebelum kawah tersebut terbentuk.Seorang jurucakap perkhidmatan bomba Latvia berkata, satu unit pengesan kimia dari pasukan tentera telah menguji kesan objek tersebut dan mendapati paras radiasi masih normal.Anggota polis membuat kepungan di sekitar kawasan tersebut sementara menunggu pakar geologi dari Universiti Latvia tiba bagi mengesahkan sama ada objek itu ialah tahi bintang. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO
EMPAT anggota keselamatan semalam mengusung mayat di lokasi kejadian pengebom berani mati yang berlaku di Baghdad kelmarin.
BAGHDAD - Ketika sains forensik masih dianggap 'ilmu hitam' oleh kebanyakan anggota polis Iraq, saintis-saintis negara itu pula berusaha menajamkan kemahiran menganalisis data daripada lokasi jenayah bagi membendung serangan keganasan termasuk pengeboman besar-besaran di Baghdad.Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, pihaknya menyediakan petugas forensik bagi membantu pasukan penyiasat Iraq selepas dua serangan pengebom berani mati berlaku di pusat bandar Baghdad kelmarin yang membunuh kira-kira 155 orang."Kami masih perlu membuat penerangan mengenai pentingnya untuk mencari bukti biologi kepada pasukan penyiasat dan hakim," kata seorang pegawai Unit Siasatan Lokasi Jenayah (CSI) di Baghdad, Raed Adnan."Saya akan gembira apabila bukti forensik sedia diterima oleh mereka kerana tiada seorang individu yang memiliki polar genetik sama."Namun, mereka tidak yakin dan menyatakan bahawa bukti forensik merupakan ilmu hitam," tambahnya.Makmal-makmal CSI baru yang terletak di kompleks akademi polis di Baghdad dilengkapi teknologi tercanggih untuk memeriksa asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari, bahan letupan, senjata api dan wang palsu.Matlamat penubuhan makmal itu adalah untuk membina bank DNA berdasarkan sampel darah, air liur dan lain-lain di samping mengumpul bukti melalui kaedah saintifik dan tidak bergantung kepada pengakuan suspek seperti yang berlaku sekarang.Seorang lagi pegawai CSI Iraq, Leftenan Ali Hassan memberitahu, mereka memerlukan masa di antara empat hingga lima tahun lagi bagi memperoleh kemahiran bagi menjejaki negara pembekal bahan letupan yang dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan keganasan.- AFP
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment