SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Saintis hasil klon anjing didapati bersalah

>> Monday, November 2, 2009



SEOUL - Saintis genetik Korea Selatan, Hwang Woo-suk semalam didapati bersalah terhadap tuduhan menggelapkan wang dan lain-lain kesalahan berkaitan skandal hasil penyelidikan sel stem.Woo-suk, 56, yang pernah dianggap hero Korea Selatan kerana 'berjaya' menghasilkan anjing klon pertama dunia, Snuppy, dilepaskan daripada tuduhan penipuanNamun, dia didapati bersalah terhadap penyalahgunaan dana penyelidikan dan membeli telur manusia secara haram untuk tujuan penyelidikan.Pendakwa raya memohon Mahkamah Daerah Pusat Seoul menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun terhadap Woo-suk kerana menganggap beliau tidak menunjukkan perasaan kesal.Namun, hakim memutuskan saintis itu hanya akan dipenjarakan jika dia didapati melakukan sebarang kesalahan dalam tempoh tiga tahun.Woo-suk tampil dengan yakin di mahkamah namun beliau enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut sejurus meninggalkan mahkamah. - AP
Pada 2004, Woo-suk dan rakan-rakannya dari Universiti Kebangsaan Seoul mendakwa dalam satu penerbitan akademik, dia berjaya menghasilkan embrio klon manusia.
Berikutan itu, pemerintah Korea Selatan menarik hak Woo-suk untuk melakukan penyelidikan mengenai sel stem pada 2006.
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!


TAJUK:Jerung gergasi ada di Australia?





SEEKOR ikan jerung yang dijadikan umpan hampir putus dibaham oleh seekor jerung gergasi di perairan Queensland.



QUEENSLAND - Pihak berkuasa Australia meminta orang ramai tidak turun ke laut selepas seekor jerung putih raksasa didapati berkeliaran mencari mangsa di tepi sebuah pantai popular di sini, lapor sebuah akhbar semalam.Amaran yang melibatkan sekitar perairan Pulau Stradbroke dikeluarkan selepas jerung berukuran lebih enam meter panjang itu membaham seekor jerung putih sepanjang empat meter yang dijadikan umpan sehingga hampir putus dua."Saiznya pasti amat besar. Kami akan lebih berhati-hati apabila turun ke laut," kata seorang peluncur ombak berusia 19 tahun, Ashton Smith.Berita serangan ke atas jerung lebih kecil itu menggerunkan penduduk di sepanjang perairan Queensland iaitu dari Pulau Stradbroke, dekat bandar Brisbane sehingga ke pantai Surfers Paradise, selatan bandar berkenaan.Jerung putih adalah antara haiwan pemangsa paling ganas dan ditakuti di laut.Seorang pengusaha bot sewa, John Gooding, ketika ditanya mengakui bahawa perairan tersebut banyak ikan jerung. - Agensi



NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!


TAJUK:Diminta jangan bercium selama lima bulan


ANKARA - Menteri Kesihatan Turki, Recep Akdag meminta rakyat di negara itu untuk mengelak bercium atau berjabat tangan selama lima bulan, lapor sebuah akhbar di sini semalam.Kenyataan itu dibuat selepas kes kematian pertama akibat virus selesema babi atau Influenza A (H1N1) dilaporkan berlaku di negara itu.Beberapa buah sekolah di ibu negara, Ankara ditutup selama seminggu selepas kementerian itu mengesahkan seorang pesakit berusia 29 tahun meninggal dunia akibat penyakit tersebut.Mangsa yang dilaporkan mendapat rawatan kerana menghidap pneumonia meninggal dunia pada Ahad lalu selepas mengalami masalah pernafasan dan disahkan positif selesema babi. - Reuters
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!


TAJUK:Dulu atlet wanita, kini jadi lelaki





ANDREAS menunjukkan 

wajahnya semasa dia
menjadi atlet wanita.


MAGDEBURG, Jerman - atlet wanita, Heidi Krieger pernah menjadi juara menembak di Eropah pada 1986 semasa mewakili Jerman Timur yang kini dibubarkan dan menjadi sebahagian daripada Jerman.Namun, dia kini merupakan seorang lelaki setelah menjalani pembedahan penukaran jantina dengan menggunakan nama Andreas.Dia bertindak menukar jantina selepas mendapati dirinya mempunyai ciri-ciri kelakian semasa menjadi atlet akibat penyalahgunaan hormon testoteron.Selepas bersara pada 1990, Andreas menjalani pembedahan penukaran jantina manakala kad pengenalannya kini menyatakan dia ialah seorang lelaki.Andreas yang kini bermisai memiliki sebuah kedai pakaian di bandar Magdeburg, 119 kilometer dari Berlin."Saya cuma berusia kira-kira 16 tahun apabila jurulatih saya memberikan pil testoteron. Saya tidak diberi pilihan," kata Andreas yang kini berusia 44 tahun dan telah berumah tangga dengan seorang bekas atlet renang. - AFP
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!


TAJUK:Pakar penggoda no.1 dedah rahsia pikat wanita







LONDON - Seorang lelaki Britain, Adam Lyons yang memenangi anugerah pakar penggoda no. 1 dunia pada persidangan kenalan dunia di Hollywood, California telah meniduri lebih 500 wanita cantik termasuk selebriti dan supermodel, lapor sebuah akhbar semalam.Lyons yang merupakan bekas ejen hartanah kini menyara kehidupan dengan memberikan tunjuk ajar cara untuk memikat wanita.Menurutnya, dia mula mengurat semasa berumur dalam lingkungan 20-an dengan cuba meminta nombor telefon wanita yang berjalan di Leicester Square, di Britain pada waktu makan tengah hari."Saya kemudian mempelajari lebih lanjut cara untuk mengurat wanita dan saya melakukan teknik sama di kelab-kelab malam pada malam minggu."Saya berjaya tidur dengan wanita-wanita cantik yang pada zaman persekolahan saya hanya mampu bermimpi untuk mendapatkannya," kata Lyons.Dia mendedahkan sebahagian cara kejayaannya iaitu berani mendekati wanita cantik dan berbual dengannya.Lyons berkata, perbualan pertama perlu membuatkan wanita yakin pada diri lelaki dengan bertanya seperti: "Adakah anda tahu lokasi terdekat Starbuck kerana saya mempunyai rakan yang datang untuk menemui saya di sana."Pendekatan seterusnya, kata Lyons, lelaki perlu bijak membuatkan wanita ketawa dengan memujinya kerana ia akan menyebabkannya berbual dengan lebih mesra.Dia berkata, bagi mendapatkan nombor telefon, kaum lelaki perlu memberikan alasan yang kukuh seperti mencari topik perbualan yang menarik hatinya seperti makanan."Jika wanita itu ialah keturunan Mexico, saya akan bertanya sama ada dia pernah makan di sebuah restoran baru Mexico?," katanya.Menurutnya, alasan itu boleh digunakan untuk meminta nombor telefon bagi membolehkan wanita itu mendapat maklumat lanjut berhubung restoran tersebut.Semasa makan bersama di restoran, kaum lelaki perlu membayar sebahagian bil dan meminta wanita yang baru dikenali itu membayar baki harga makanan lain, katanya.Lyons berkata, pendekatan mencium wanita semasa menonton filem akan membuatkannya bersetuju untuk tidur bersama. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!











0 comments:

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP