BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!
STACEY bersama seorang
anak sulungnya.
LOUISVILLE - Seorang wanita di Amerika Syarikat
(AS), Stacey Herald, 35, yang dianggap ibu paling kecil di dunia bakal
melahirkan anak ketiganya, lapor sebuah akhbar semalam.Dia yang tinggi 71 sentimeter diberi amaran
sekali lagi oleh doktor mengenai risiko kehamilan itu biarpun pernah bersalin
anak sulung, Kateri pada 2006 dan Makaya pada tahun lalu.Suaminya, Will memiliki ketinggian normal 1.75
meter.Namun mereka meneruskan hasrat untuk menimang
anak bongsu itu serta menganggapnya sebagai hadiah daripada Tuhan."Kami tidak pernah merancang untuk mendapat
lebih dua anak namun beranggapan anak-anak ialah hadiah paling bernilai di
dunia," katanya.Pasangan itu mula bertemu pada tahun 2000 ketika
bekerja di sebuah pasar raya yang sama di bandar asal mereka, Dry Ridge, 111
kilometer dari ibu negeri Kentucky, Louisville.Mereka berkahwin pada 2004 dan sudah membesarkan
dua anak perempuan bersaiz normal.Wanita itu menderita
penyakit Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang tumbesaran terbantut.- Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment