BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!
PERTH - Britney Spears (gambar) berkurung di
bilik hotel penginapannya di sini semalam selepas kontroversi dia menyanyi
secara gerak bibir bakal menjejaskan konsert jelajah Australia bintang pop
berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.Ramai peminat berasa tertipu dengan persembahan
hambar Spears bertindak meninggalkan konsertnya di Burswood Domes pada Jumaat
lepas semasa lagu ketiganya dinyanyikan.Rata-rata, peminat penyanyi itu mendakwa
persembahan Spears langsung tidak berbaloi dengan tiket berharga AS$200 (RM623)
yang dibayar oleh mereka."Saya mahu wang saya dikembalikan. Saya
membayar wang yang mahal cuma untuk menyaksikan (Spears) menggerakkan
bibir," kata seorang peminat, Amanda Hawlet, 22."Nyanyian dan persembahan Spears sungguh
teruk. Dia tidak mengeluarkan suara langsung dan persembahannya hambar,"
kata seorang lagi peminat, Kathy Wright, 32.Selain itu, peminat turut mempersoalkan paparan
skrin yang kabur dan hanya menunjukkan imej sarkas.Mereka mendakawa ia sebagai cubaan menutup
kelemahan persembahan Spears selain tindakannya yang kerap berpaling ke
belakang.Kontroversi nyanyian
gerak bibir itu membuatkan Spears semakin tertekan sejak dia tiba di Australia
selain menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuk saluran CNN di Amerika Syarikat. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment