BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!
KOURE - Haiwan tertinggi di dunia, zirafah
muncul secara mendadak di Niger setelah dipercayai hampir pupus dengan hanya 50
ekor dikesan pada abad ke-20.Kehadiran semula lebih 200 ekor mamalia itu
secara tiba-tiba di sebuah perkampungan di sini, 240 kilometer dari ibu negara
Niamey, mengejutkan penduduk negara bekas jajahan Perancis itu.Pakar-pakar pemuliharaan
haiwan berkata, kemunculan zirafah dengan nama saintifik Giraffa camelopardalis peralta itu hasil usaha kerjasama pihak kerajaan dan
penduduk kampung.Zirafah tersebut mempunyai bintik-bintik jingga
perang yang semakin pudar dan menjadi warna putih pada bahagian kaki.Pengasas Yayasan Pemuliharaan Zirafah, Julian
Fennessy menganggarkan terdapat 140,000 ekor zirafah 10 tahun lalu sebelum
merosot kepada kurang 100,000 ekor kini.Jelasnya, seekor zirafah berkenaan dianggarkan
seberat 1,000 kilogram serta boleh berlari sehingga 55 kilometer namun haiwan
itu boleh mati jika tersungkur.Zirafah Afrika Barat antara sembilan spesies
zirafah di benua Afrika yang diancam kepupusan apabila menjadi sasaran pemburu
haram untuk dijual sebagai hidangan di restoran eksotik.Fennessy yang berkhidmat dengan yayasan berpusat
di Nairobi, Kenya itu berkata, usaha pemantauan agak sukar kerana sebahagian
besar zirafah tinggal di luar Taman Negara.Dia berkata, walaupun pemburuan zirafah adalah
dilarang di kebanyakan negara, pihak berkuasa didakwa sering terlepas pandang
menyebabkan kitaran pemuliharaan terganggu. – AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment