SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Kambing kepala dua jadi tumpuan

>> Monday, November 2, 2009


GAMBAR menunjukkan kambing kepala dua di Lumajang, Indonesia.

LUMAJANG, Indonesia - Seekor anak kambing berkepala dua milik seorang penduduk di sini, Muhammad Hasyim yang berumur 25 tahun menjadi tumpuan orang ramai yang sanggup pergi ke rumahnya untuk melihat haiwan itu, lapor sebuah akhbar semalam.Kambing betina berwarna putih yang diberi nama Melati itu dilahirkan oleh ibunya kelmarin dan mempunyai empat mata dan dua telinga.Menurut Muhammad, semasa dilahirkan, ibu kambing itu berteriak dan meronta tanpa henti sehingga menyebabkan badannya kejang.Dia berkata, selain Melati, ibu kambing itu turut melahirkan seekor anak kambing jantan yang mempunyai tubuh normal."Alhamdulillah, kambing saya masih lagi hidup," kata Muhammad yang memberitahu bahawa dia memberi haiwan itu minuman susu segar.Menurutnya, kambing itu akan mengamuk jika ia diletakkan berjauhan dengan ibunya. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO

TAJUK:Guru berbogel untuk laman lucah




WELLINGTON - Seorang guru New Zealand, Rachel Whitwell (gambar) bakal berdepan tindakan disiplin selepas dia muncul di dalam laman web sebuah majalah bogel, lapor sebuah akhbar semalam.Dia yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Otara, utara Auckland kini disiasat oleh Majlis Guru New Zealand setelah gambar-gambarnya dalam keadaan bogel disiarkan.Whitwell menggunakan nama manja Lexy dan sebanyak enam keping gambar yang menunjukkan dia dalam keadaan mengghairahkan disiarkan dalam laman itu."Saya berusia 26 tahun ialah seorang guru yang masih bujang dan berasal dari New Zealand serta berhasrat untuk menyertai bidang model," katanya dalam laman tersebut.Guru itu turut mendakwa pernah menulis beberapa buah cerita lucah untuk sebuah majalah bogel dan mengendalikan sebuah studio tarian tiang miliknya.Pengarah Majlis Guru New Zealand, Peter Lind berkata, Whitewell masih merupakan seorang guru yang berdaftar sehingga September 2011.Namun, dia kini bercuti mengajar dengan alasan untuk membesarkan seorang anak perempuannya. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO
TAJUK:KAWAH MISTERI


BEBERAPA penduduk semalam menyaksikan satu kawah yang terbentuk dipercayai akibat hentaman tahi bintang di sebuah padang dekat Mazsalaca, Latvia.




RIGA, Latvia - Penduduk di utara Latvia gempar apabila sebuah kawah besar terbentuk dipercayai akibat dihentam sebutir tahi bintang lewat kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.Kejadian itu berlaku dekat sebuah rumah ladang dekat bandar Mazsalaca dalam daerah Valmiera berhampiran dengan sempadan Estonia, 798 kilometer ke tenggara Moscow, Rusia.Ia menghasilkan kawah sedalam lima meter dan selebar 15 meter, namun saksi-saksi berkata, mereka mendengar bunyi kuat seperti sebuah pesawat terbang yang rendah sebelum kawah tersebut terbentuk.Seorang jurucakap perkhidmatan bomba Latvia berkata, satu unit pengesan kimia dari pasukan tentera telah menguji kesan objek tersebut dan mendapati paras radiasi masih normal.Anggota polis membuat kepungan di sekitar kawasan tersebut sementara menunggu pakar geologi dari Universiti Latvia tiba bagi mengesahkan sama ada objek itu ialah tahi bintang. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO

TAJUK:Forensik dianggap ilmu hitam



EMPAT anggota keselamatan semalam mengusung mayat di lokasi kejadian pengebom berani mati yang berlaku di Baghdad kelmarin.


BAGHDAD - Ketika sains forensik masih dianggap 'ilmu hitam' oleh kebanyakan anggota polis Iraq, saintis-saintis negara itu pula berusaha menajamkan kemahiran menganalisis data daripada lokasi jenayah bagi membendung serangan keganasan termasuk pengeboman besar-besaran di Baghdad.Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, pihaknya menyediakan petugas forensik bagi membantu pasukan penyiasat Iraq selepas dua serangan pengebom berani mati berlaku di pusat bandar Baghdad kelmarin yang membunuh kira-kira 155 orang."Kami masih perlu membuat penerangan mengenai pentingnya untuk mencari bukti biologi kepada pasukan penyiasat dan hakim," kata seorang pegawai Unit Siasatan Lokasi Jenayah (CSI) di Baghdad, Raed Adnan."Saya akan gembira apabila bukti forensik sedia diterima oleh mereka kerana tiada seorang individu yang memiliki polar genetik sama."Namun, mereka tidak yakin dan menyatakan bahawa bukti forensik merupakan ilmu hitam," tambahnya.Makmal-makmal CSI baru yang terletak di kompleks akademi polis di Baghdad dilengkapi teknologi tercanggih untuk memeriksa asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari, bahan letupan, senjata api dan wang palsu.Matlamat penubuhan makmal itu adalah untuk membina bank DNA berdasarkan sampel darah, air liur dan lain-lain di samping mengumpul bukti melalui kaedah saintifik dan tidak bergantung kepada pengakuan suspek seperti yang berlaku sekarang.Seorang lagi pegawai CSI Iraq, Leftenan Ali Hassan memberitahu, mereka memerlukan masa di antara empat hingga lima tahun lagi bagi memperoleh kemahiran bagi menjejaki negara pembekal bahan letupan yang dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan keganasan.- AFP
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO











Read more...

Bunuh kambing dengan renungan mata


SATU adegan filem The Men Who Stares At Goats menunjukkan Clooney (kiri) menggunakan matanya untuk membunuh seekor kambing.



LONDON - Ramai menyangka Projek Jedi yang dipaparkan menerusi filem terbaru The Men Who Stare At Goats lakonan George Clooney yang membunuh seekor kambing dengan menggunakan kuasa matanya merupakan imaginasi seorang penulis skrip Hollywood.
Namun, sebuah akhbar semalam mendedahkan bahawa tidak ramai yang mengetahui bahawa ia merupakan sebahagian daripada projek sulit tentera Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan sekumpulan anggota tentera yang menggunakan kuasa psikik dan bukannya senjata api.
Projek perintis itu yang disokong dengan penyelidikan canggih mahu menggunakan kuasa psikik bagi merevolusi kaedah peperangan.
Menerusi Projek Jedi, tentera AS mahu menghasilkan anggota tentera 'ajaib' yang mampu merisik dan membunuh musuh serta mematikan bom nuklear dengan menggunakan kuasa minda mereka.
"Anda perlu sedar bahawa idea ini tidak dianggap mengarut oleh pihak tentera," kata seorang anggota pasukan khas yang terlibat dalam Projek Jedi, Sarjan Glenn Wheaton.
Menurutnya, tentera AS turut melakukan penyelidikan dan eksperimen kuasa psikik bagi menghasilkan askar yang boleh berjalan menembusi dinding dan menjadi halimunan.
Ketaksuban penggunaan kuasa paranormal itu bermula apabila tentera AS mendapat maklumat bahawa Rusia giat membangunkan program senjata psikik mereka sendiri yang melibatkan lebih 40 institut paranormal negara itu.
"Mereka dilihat bakal membuka lembaran baru teknologi ketenteraan. Kita perlu mengetahui sama ada kuasa minda boleh digunakan bagi tujuan ketenteraan selain mencari cara untuk melindungi diri jika diserang mereka (Rusia)," tambahnya.
Sejak beberapa dekad lalu dunia dikejutkan dengan beberapa demonstrasi kuasa minda luar biasa terutamanya oleh pengamal magis dari India, Yusultini yang mengapungkan diri wanita ke udara pada tahun 1950-an. - Agensi

NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO




TAJUK:BUDAK TERKUAT DUNIA







ROM - Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Giuliano Stroe (gambar) menarik perhatian ramai apabila mampu melakukan pelbagai aksi lagak ngeri, lapor sebuah akhbar semalam.Pada awal tahun ini, dia berjaya memikat panel hakimGuinness World Recordsketika mengadakan persembahan berbahaya untuk satu program televisyen Itali.Dalam persembahan itu, dia membuat aksi berdiri dalam keadaan terbalik.Dia berjalan dalam keadaan terbalik sejauh 10 meter dengan sebiji bola diapit oleh kedua-dua kakinya.Giuliano menetap di Itali bersama keluarganya yang berasal dari Romania dan mencipta rekod dunia sebagai manusia paling kuat dalam usia muda iaitu semasa berumur empat tahun.Bapanya, Iulian Stroe, 33, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu memiliki susuk tubuh seperti seorang ahli bina badan dan turut diberi gelaran sebagai Hulk Hogan yang merupakan penggusti terkenal."Dia sering mengikuti saya ke gimnasium dan saya membawanya namun dia dilarang berlatih berseorangan," katanya.Giuliano kini menjadi perhatian ratusan ribu pengunjung laman perkongsian YouTube yang menyaksikan rakaman dia berlatih dan melakukan aktiviti lagak ngeri.Walaupun popular, jika tiada latihan angkat berat, Giuliano masih seperti kanak-kanak normal lain yang suka melukis, menonton kartun dan gembira bermain di padang. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO

TAJUK:Misteri gadis hilang ingatan di New York



NEW YORK - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) merayu orang ramai agar tampil memberikan maklumat bagi membantu mengenal pasti identiti seorang remaja perempuan yang hilang ingatan sejak dua minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.Remaja yang digelar 'Jane Doe' itu kini berada dalam jagaan pihak berkuasa bandar raya New York selepas polis menemuinya bersendirian berhampiran sebuah stesen bas di sini, pada pukul 12.30 pagi waktu tempatan, 9 Oktober lepas.Ketika ditemui, dia tidak memiliki kad pengenalan diri selain tidak dapat mengingati nama, alamat atau ahli keluarganya manakala pemeriksaan cap jari turut gagal mengesan identitinya.Ketika ditemui Jane Doe cuma dia dapat mengingati dengan lancar petikan ayat sebuah novel fantasi popular, Fool's Fate yang diterbitkan pada 2003.."Saya mahu mengetahui siapakah saya yang sebenarnya dan apakah yang berlaku kepada saya," remaja yang dianggarkan berusia di antara 14 hingga 17 tahun itu dipetik sebagai berkata.Beberapa pegawai memberitahu, gadis berambut perang dan bersuara lembut itu sudah diperiksa oleh beberapa pakar polis dan psikiatri dan mereka mendapati dia tidak berbohong berhubung keadaan dirinya.Pada satu ketika, gadis itu menulis nama Amber dan menyahut apabila dipanggil dengan nama tersebut.Namun, dia tidak pasti sama ada Amber merupakan namanya. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO



TAJUK:Kembar labah-labah tumpuan sarkas





JAMUNA (kiri) dan Ganga melakukan aksi labah-labah dalam satu pertunjukan sarkas di Kolkata, India baru-baru ini.


SEPASANG kembar siam wanita yang digelar 'Adik Beradik Labah-Labah' menyara kehidupan keluarga mereka dengan mengadakan persembahan di sebuah sarkas di India, lapor sebuah akhbar semalam.Kembar berumur 39 tahun bernama Jamuna dan Gangga itu dianggap kembar ganjil di dunia kerana memiliki dua kepala, tiga kaki dan empat tangan.Selama lima jam pada setiap malam, orang ramai mengerumuni sebuah sarkas untuk menyaksikan aksi mereka 'merayap' seperti seekor serangga untuk memperoleh pendapatan £26 (RM143.50) sebulan.Bayaran yang diterima itu mencukupi bagi menyara keluarga mereka seramai 22 orang untuk tempoh dua minggu.Kembar siam itu enggan dipisahkan kerana bimbang apabila diberitahu beberapa doktor bahawa pembedahan boleh mengancam nyawa mereka tetapi seorang pakar bedah, Dr. James Stein menyatakan, ia boleh dilakukan di Amerika Syarikat."Tuhan telah mencipta kami seperti ini dan kami akan meneruskan hidup kami seperti mana yang ditakdirkan," kata Ganga. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO





TAJUK:Britain miliki 1.6 juta penjenayah sepenuh masa



SEORANG anggota polis menahan penunjuk perasaan di London baru-baru ini. - Gambar hiasan

BRITAIN memiliki 1.6 juta penjenayah sepenuh masa yang bertanggungjawab melakukan puluhan ribu kes jenayah pada setiap tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Laporan itu yang memetik kajian Jabatan Dalam Negeri Britain menyatakan, angka mengejutkan itu merupakan pertambahan sejumlah 410,000 orang penjenayah aktif berbanding tempoh sebelumnya.Mereka bertanggungjawab mencetuskan banyak penderitaan terhadap orang ramai dengan melakukan pelbagai jenayah terutama menyamun, merompak dan mencuri.Malah, semua penjenayah tegar itu menyebabkan kerugian wang dan harta benda terkumpul mencecah £105 bilion (RM582.6 bilion) sepanjang kerjaya mereka."Hasil kajian itu amat membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa hanya seorang daripada setiap 20 penjenayah aktif di Britain, berada dalam penjara," kata seorang penyelidik jenayah, Max Chambers.Menurutnya, jumlah penjenayah yang berjaya dipenjarakan setakat akhir Jun tahun ini hanya 83,450 orang. - Agensi

NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO













Read more...

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi



GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.
MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi
NOTA:Dipetik dari berita kosmo




Read more...

Epal baru ditemui

>> Tuesday, October 20, 2009


kosmo 17 oktober 2009



BUTCHER melihat dua biji epal yang mempunyai rasa berlainan daripada epal biasa.



NORWICH, Britain - Seorang wanita, Margaret Butcher menemui buah epal pelbagai warna di sebatang pokok di belakang rumahnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.Dia menemui buah epal itu semasa berpindah ke rumah yang didiaminya sekarang lima tahun lalu.Butcher mendapati buah itu mempunyai rasa yang berlainan daripada buah epal biasa dan tidak mengetahui jenisnya.Tidak ada sesiapa yang dapat mengenal pasti jenis epal itu menyebabkan dia membawanya ke pejabat Himpunan Buah-Buahan Kebangsaan di Faversham, Kent yang menempatkan 2,200 jenis epal.Pakar-pakar kemudian mengesahkan ia merupakan sejenis epal yang baru ditemui dan membenarkan Butcher untuk memberikannya nama.Butcher kemudian menamakan buah itu Lakenham Glory sempena dengan nama satu tempat di Norwich. - Agensi






Read more...

Miliki lengan seperti Popeye


kosmo 16 oktober 2009
BERLIN - Pandangan anda silap jika menganggap lengan watak kartun popular, Popeye merupakan satu imaginasi semata-mata dan tidak berlaku dalam situasi sebenar.Seorang pemuda, Matthias Schlitte dari Jerman membuktikan dia memiliki lengan besar seperti watak kartun Popeye itu.Menurut sebuah akhbar semalam, lengan tangan Schlitte, 22, jauh lebih besar berbanding lengan kirinya yang kecil.Lengan itu banyak membantu pemuda itu menjuarai beberapa pertandingan gusti lengan di Jerman sejak dia mula menceburi sukan itu lapan tahun lalu."Ramai orang mengaitkan gusti lengan dengan pengunjung bar dan pemabuk tetapi itu sama sekali tidakbenar,"katanya."Pertandingan pertama yang saya sertai ialah pada 2004," tambahnya."Ketika itu saya berusia 16 tahun dan tidak berpengalaman tetapi saya nekad bertanding dalam kategori berat 90 kilogram walaupun berat saya cuma 65 kilogram," jelasnya. - Agensi





Nenek jual gambar bogel



MARIANNE semasa muda.

BERLIN - Seorang nenek, Marianne L. terpaksa menjual beberapa gambar bogel zaman mudanya semata-mata untuk menyara dirinya dan membayar bil, lapor sebuah akhbar semalam.Nenek berusia 75 tahun itu mendapat idea tersebut selepas semua hartanya dirompak dan menyedari bahawa dia tidak mampu menyara hidup dengan wang pencen."Minyak wangi mahal dan koleksi piring hitam berharga termasuk gambar ibu saya telah dirompak," katanya. Selepas membayar semua bil, baki pencen Marianne hanya cukup untuk membeli makanan menyebabkan dia terpaksa menjual gambar-gambar bogelnya.Gambar itu merupakan satu-satunya barang berharga yang masih disimpan.Gambar-gambar tersebut, yang disimpan dalam sampul surat menunjukkan Marianne berbogel di sebelah sebatang pokok dan taman semasa berusia 20 tahun."Ia dirakamkan pada 1954 oleh suami saya. Saya dimaklumkan bahawa gambar lama seperti itu dapat dijual dengan harga mahal di Internet," katanya."Saya benar-benar memerlukan wang," tambahnya. - Agensi



Read more...

PETIKAN BERITA KOSMO!

>> Friday, October 9, 2009


Kereta bertukar menjadi bot laju


KERETA Python bergerak di atas air.


LOS ANGELES - Sebuah firma di California, Amerika Syarikat (AS) menghasilkan kereta yang boleh menjadi bot paling laju, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta bot itu dikenali sebagai Python dan dikeluarkan oleh firma WaterCar. Ia mempunyai lima tempat duduk itu dan mampu dipandu pada kelajuan 161 kilometer sejam (km/j) di darat dan 97km/j jika di atas air.
Penciptanya, Dave March berkata, kereta itu 48km/j lebih laju berbanding saingan terdekat, Gibbs Aquada.
"Kereta bot sebelum ini tidak laju di atas air. Misi saya untuk menyaksikan kereta yang berprestasi tinggi yang turut merupakan bot laju," katanya.


KERETA Python keluar dari permukaan air.



Berat Pyton ialah 1,723 kilogram dan menggunakan enjin V8 kereta sport Chevrolet Corvette keluaran firma automobil terkenal AS, General Motors.
Kereta itu dijual pada harga AS$198,600 (RM678,900) dan pemandunya akan menekan butang supaya keempat-empat tayarnya condong bagi membolehkan ia bergerak di atas air.
Semasa berada di atas air, kereta itu menggunakan enjin Dominator 500 kuasa kuda. - Agensi




Lelaki cerita seks disebat 1,000 kali


GAMBAR menunjukkan Mazen bercerita kisah seks kepada 
wartawan program Bold Red Line di dalam kenderaannya.









RIYADH - Sebuah mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan 1,000 sebatan ke atas seorang rakyatnya, Mazen Abdul-Jawad, 32, kerana dia bercerita mengenai aktiviti seksnya dalam satu program bual bicara televisyen, kata seorang peguamnya semalam.
Menurut peguam Mazen, Sulaiman al-Jumeii, anak guamnya itu tidak mengetahui perbualannya dengan wartawan program bual bicara Bold Red Line terbitan Perbadanan Penyiaran Lebanon (LBC) telah dirakamkan untuk disiarkan pada 15 Julai lalu.
Sulaimen berkata, dia merancang untuk membuat rayuan dan yakin hukuman terhadap Mazen yang termasuk larangan perjalanan dan bercakap kepada media selama lima tahun selepas pembebasannya akan dibatalkan.
Program itu yang dapat ditonton di Arab Saudi mencetuskan kritikan ramai penduduk menyebabkan sejumlah 200 orang memfailkan aduan terhadap Mazen yang bertugas dengan syarikat penerbangan Saudia.

MAZEN menunjukkan bilik tidurnya dalam program Bold Red Line.






Selepas program itu disiarkan, kerajaan Arab Saudi mengarahkan dua buah pejabat cawangan LBC di negara itu ditutup dan menangkap Mazen serta tiga lelaki lain yang terlibat dalam perbincangan terbuka berhubung seks dalam program itu.
Ketiga-tiga lelaki itu kemudian dihukum penjara dua tahun dan 300 sebatan.
Program Bold Red Line itu menyiarkan kenyataan Mazen bahawa dia menjalin hubungan seks buat pertama kali semasa berumur 14 tahun.
Mazen kemudian membawa penonton memasuki bilik tidurnya dan menunjukkan patung mainan seks.
Menurut peguam Mazen itu, anak guamnya membuat kenyataan tersebut dengan merujuk kepada pengalaman seksual orang lain manakala anak patung seks dibekalkan oleh stesen televisyen terbabit. - Agensi









Wajah sebenar Lady Gaga

WAJAH sebenar Lady Gaga (kiri) jauh berbeza semasa dia berada di pentas (kanan).


New York - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS) yang kerap mencetuskan kontroversi, Lady Gaga suka menampilkan imej seksi dan berahi di atas pentas namun tidak ramai yang tahu wajahnya yang sebenar, lapor sebuah akhbar semalam.Akhbar itu menyiarkan wajah sebenar Lady Gaga yang namanya Stefani Germanotta tanpa mekap dan pakaian seksi.Gambar itu menunjukkan wajah Lady Gaga jauh berbeza jika dibandingkan semasa dia memakai mekap dan berpakaian seksi.Lady Gaga lahir daripada sebuah keluarga yang mempunyai nilai-nilai baikPenyanyi lagu Just Dance itu mula belajar bermain piano semasa berusia empat tahun dan belajar di sekolah persendirian Covent of the Sacred Heart.Selebriti terkenal, Paris Hilton pernah belajar di sekolah itu.Semasa berusia 17 tahun, Lady Gaga diterima memasuki program muzik di New York dan mula menulis lagu pertamanya ketika berumur 13 tahun.Lady Gaga meminati lagu klasik ciptaan Beethoven dan falsafah.Adakah dia terlalu bijak untuk menjadi seorang bintang pop? - Agensi
UFO jejaki peluru berpandu Iran


IMEJ rangkaian berita Fox News menunjukkan satu objek misteri (dalam bulatan) menjejaki peluru berpandu Iran baru-baru ini.



TEHERAN - Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) dilihat di angkasa ketika pihak berkuasa Iran mengadakan satu ujian peluru berpandu baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.Klip video itu menunjukkan objek misteri tersebut memecut di ruang udaranya sebelum membelah awan ketika rakaman tertumpu pada peluru berpandu Iran sejurus selepas ia dilancarkan.Rakaman itu menunjukkan UFO itu bertindak menjejaki peluru berpandu itu.Iran melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat pada Sabtu lepas sekali gus membangkitkan kemarahan Barat dan Israel.Satu laporan di Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan rangkaian berita Fox News mendedahkan kehadiran UFO itu ketika peluru berpandu kedua dilancarkan.Klip video itu menunjukkan peluru berpandu Shahab-3 melonjak ke udara.Namun, selepas 38 saat segumpal awan berhampiran terbelah dua oleh sebuah objek terbang yang bergerak pada kelajuan tinggi.Mengulas mengenai isu tersebut, seorang pakar UFO dari Britain, Nick Pope, menyifatkan insiden yang jarang berlaku itu sebagai satu fenomena menakjubkan.Menurutnya, kelajuan objek misteri itu menunjukkan ia bukan pesawat buatan manusia."Namun, mungkin juga ia sebuah pesawat kawalan jauh milik Amerika Syarikat (AS). Sebelum ini, AS merahsiakan pembuatan pesawat prototaip daripada pengetahuan umum selama beberapa tahun," katanya. - Agensi




Guru sedia bilik khas untuk murid merokok


SEBUAH sekolah rendah di Wales, Britain melarang semua guru daripada menghisap rokok tetapi arahan itu tidak pula tertakluk kepada murid-murid.Pihak pengurusan sekolah di Headlands, Penarth itu turut menyediakan satu kawasan tertutup khas untuk kanak-kanak merokok antara setiap waktu pelajaran.Guru besarnya, Matthew Burns berkata, langkah itu sebagai usaha untuk mengehadkan kegiatan merokok pelajar dalam satu kawasan kecil sahaja.Jurucakap Persatuan Perubatan British, John Jenkins berkata, pihaknya menyifatkan tindakan sekolah itu sebagai amat tidak wajar dilakukan. – Agensi



Susu diperah ke arah anggota polis


SEORANG penternak memerah susu lembu ke arah 
anggota polis di Brussels kelmarin.




BRUSSELS - Penternak-penternak Belgium memandu beratus-ratus buah traktor dan membawa seekor lembu di sini kelmarin sebelum melontar botol dan tahi ayam ke arah pasukan polis bagi membantah harga susu yang menjunam di Eropah.Lebih 2,500 petani turut melambakkan tahi lembu dan menyembur susu yang diperah dari lembu tersebut di jalan-jalan raya di sini selain bertindak membakar tayar serta jerami sebagai tanda protes di luar Ibu Pejabat Kesatuan Eropah di sini.Mereka turut menyimbah susu dari balang-balang besar di sebuah dataran di sini sebelum membakar mercun bagi melepaskan lembu itu.Namun akibat takut dengan letupan mercun, lembu itu bertempiaran lari dan mengejar seorang pekerja pejabat sebelum ia berjaya ditangkap oleh beberapa penternak. - AP



Ferrari jadi 'besi buruk'


KERETA Ferrari 360 Modena kini menjadi 'besi buruk' selepas terlibat dalam kemalangan.




DURHAM - Sebuah kereta sport Ferrari 360 Modena yang berharga kira-kira £110,000 (RM601,269) bertukar menjadi 'besi buruk' selepas kenderaan itu terlibat dalam kemalangan ngeri, lapor sebuah akhbar semalam.Kereta itu terbabas ketika melalui selekoh di sebatang jalan dekat sini sebelum ia terbalik beberapa kali dan terbakar pada Ahad lalu.Seorang pemilik trak penunda, Eddie Jeacock berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian dia menyangka bahawa nahas jalan raya itu merupakan satu kemalangan maut.



GAMBAR menunjukkan model Ferrari 360 Modena.


Bagaimanapun, pemandu kereta itu yang berusia 32 tahun dan berasal dari sini cuma mengalami patah buku lali dan dirawat di Hospital Diraja Sunderland.Kecederaan penumpang Ferrari tersebut iaitu seorang wanita berusia 37 tahun pula lebih serius tetapi tidak mengancam nyawa."Sukar untuk percaya bahawa seseorang masih hidup selepas terbabit dalam kemalangan dahsyat seperti ini," kata Jeacock. - Agensi




Read more...

NOTA: DIPETIK DARI BERITA KOSMO!

Perut lembu ada jarum, mata kail





BANYUWANGI - Ganjil tetapi benar!
Perut seekor lembu di sebuah rumah sembelihan milik Mamad, 45, di sini, Jawa Timur berisi puluhan benda aneh, lapor sebuah akhbar semalam.
Dipercayai, haiwan itu menjadi korban individu yang mengamalkan ilmu hitam.
Penemuan ganjil itu dimaklumkan kepada Mamad oleh dua rakannya iaitu, Alwi, 50 dan Bahrum, 23, yang biasa membantunya untuk menyembelih lembu.
Menurutnya, dia memutuskan untuk segera menyembelih lembu yang bunting itu selepas ia tiba-tiba jatuh sakit walaupun sebelum ini haiwan tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda terkena jangkitan.
"Alwi dan Bahrum yang memberitahu saya bahawa di dalam perut lembu itu ada benda aneh," kata Mamad semalam.Ketika membersihkan perut haiwan itu, Alwi menemui empat batang jarum berukuran besar, lima jarum kecil, 30 mata pancing besar, lengkap dengan tali pancing yang cukup panjang.
Lebih mengejutkan, sebuah gegancu motosikal lengkap dengan skru dan berada dalam keadaan masih baru turut ditemui di dalam perut lembu itu.
Berdasarkan penemuan tersebut, dia percaya haiwan tersebut menjadi korban ilmu hitam kerana adalah tidak munasabah untuk seekor lembu memakan barang-barang seperti itu. - Agensi



PARIS - Pakar-pakar haiwan purba Perancis mendakwa mereka menemui tapak kaki dinosaur baru-baru ini yang dipercayai terbesar pernah ditemui.

Menurut seorang saintis Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis, Jean-Michel Mazin, kesan tapak kaki itu yang berukuran antara 1.4 meter hingga 1.5 meter panjang ditemui di pergunungan Jura.
Setakat ini sebanyak 20 tapak kaki dikesan di kawasan seluas 10 hektar namun saintis percaya terdapat ratusan atau ribuan lagi kesan sama yang belum ditemui.
Tapak kaki itu terpelihara dengan baik dan dipercayai daripada dinosaur jenis sauropod sebelum terbiar di dalam lumpur sehingga 150 juta tahun.
Penyelidik-penyelidik berkata, penemuan tersebut akan membantu mereka mendapatkan pengetahuan lebih baik mengenai haiwan berleher panjang itu.
Berdasarkan saiz tapak kaki itu, saintis-saintis menganggarkan berat dinosaur itu antara 30 hingga 40 tan dan panjang lebih 25 meter. - Agensi






Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP