SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Datuk 88 tahun belajar sekolah rendah

>> Thursday, December 31, 2009



ABU BAKAR bergambar bersama rakan-rakan sekelasnya di Kano.


KANO, Nigeria - Seorang datuk berumur 88 tahun, Abubakar Muhammad Barinjimi di sini masih belajar di sebuah sekolah rendah swasta dengan cita-cita untuk memperoleh ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam tempoh 25 tahun.
Datuk kepada 60 orang cucu itu menaiki bas sekolah sejauh enam kilometer ke sekolah itu di sini untuk belajar bersama rakan-rakan sekelasnya yang berumur tujuh tahun.
Dua cucunya turut belajar di sekolah itu.
"Saya tekad memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang teologi sebelum meninggalkan dunia," kata Abubakar.
Digelar Baba yang bermaksud bapa oleh penduduk setempat, dia memasuki sekolah rendah itu tahun lalu bagi mempelajari bacaan al-Quran dengan betul sebagai prasyarat untuk menjadi pakar teologi.
Setelah memperoleh ijazah kelak, Abubakar bercita-cita untuk berdakwah mengenai Islam kepada orang bukan Islam yang bertutur dalam bahasa Inggeris.
Salah seorang anaknya, Sani Barinjimi berumur 42 tahun yang bertugas sebagai guru sebuah kolej berkata, dia dan saudaranya yang lain terkejut apabila bapanya mahu belajar.
Menurutnya, pihak keluarga memberikan bantuan kewangan dan sokongan kepada bapanya itu.
Jika masih hidup dan berjaya dalam peperiksaan, dia akan mendapat ijazah kedoktoran semasa berumur 120 tahun. - AFP


Read more...

Paderi benarkan mencuri

>> Thursday, December 24, 2009


Paderi benarkan mencuri




YORK - Seorang paderi di Britain, Tim Jones (gambar) mengundang kemarahan banyak pihak kerana dia menyatakan kadangkala adalah sesuatu yang boleh diterima untuk seseorang yang amat memerlukan sesuatu barang mencurinya di sebuah rangkaian kedai besar tetapi bukannya melakukan perbuatan itu di kedai runcit.
Dia menyampaikan ceramah kontroversi itu pada Ahad lalu di Gereja Lawrence di sini.
Jones berkata, mencuri dianggap dibolehkan jika seseorang itu amat memerlukan sesuatu barang dan tidak mengambilnya melebihi keperluannya.
Kelmarin, ceramah mirip legenda pencuri Robin Hood itu mengundang bantahan daripada kalangan paderi lain, pemilik kedai dan pihak polis.
"Gereja England tidak pernah menyuruh seseorang untuk mencuri di kedai atau melanggar undang-undang," kata Paderi Besar, Richard Seed.
Namun, Jones berkata, mencuri di kedai mungkin membantu mereka yang mendapat bantuan kerajaan tetapi tidak menerimanya kerana sebab-sebab birokrasi. - AP


Read more...

Bomoh pijak pesakit


Bomoh pijak pesakit

YADAV memijak seorang kanak-kanak yang menghidap <br>selesema. Gambar kecil, Jamun Yadav.
YADAV memijak seorang kanak-kanak yang menghidap
selesema. Gambar kecil, Jamun Yadav.

NEW DELHI: Seorang lelaki `suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak-kanak selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema.

Jamun Yadav, 50, memberitahu polis, kuasa kesucian Hindunya membolehkan dia memindahkan tenaga saktinya menerusi tapak kakinya.

Dia juga mendakwa kuasanya membolehkan dia mengubati semua penyakit di Katihar, timur India.

Jurucakap polis, Santosh Singh berkata: “Kejadian itu sungguh memeranjatkan.

Nota:sumber dipetik dari http://www.hmetro.com.my

Read more...

UFO ganjil berbentuk piramid di Moscow

>> Monday, December 21, 2009





GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan imej objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk piramid berlegar-legar di bangunan Kremlin, Moscow.
MOSCOW - Satu imej objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dirakamkan berlegar-legar di bangunan Kremlin di sini mengejutkan penduduk Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.Menurut beberapa saksi, UFO itu sama seperti imej kapal angkasa Imperial dalam filem Star Wars.Imej itu yang dirakamkan pada waktu malam dari sebuah kereta oleh jurugambar amatur disiarkan berulang kali dalam laporan berita di negara tersebut.Satu klip UFO berbentuk tiga segi itu yang berlegar-legar di Medan Merah di sini turut disiarkan di laman YouTube di Internet.Seorang peminat UFO yang pernah bekerja dengan Jabatan Pertahanan Britain selama tiga tahun berkata, klip itu merupakan yang paling ganjil pernah dilihatnya.Dia berkata: "Pada mulanya, saya menganggap ia merupakan satu pantulan tetapi ia kelihatan berada di belakang satu garisan tenaga sekali gus teori pantulan tersebut tidak boleh digunakan."Setakat ini polis Rusia enggan memberikan sebarang komen.- Agensi



Read more...

Budak ditusuk jarum selamat dibedah

>> Sunday, December 20, 2009







SAO PAULO - Sepasukan doktor bedah Brazil semalam berjaya mengeluarkan empat batang jarum sepanjang lima sentimeter daripada seorang budak lelaki berusia dua tahun yang ditusuk oleh bapa tirinya.Seorang jurucakap hospital di Salvador dekat sini, Susy Moreno berkata, jarum itu dikeluarkan terlebih dulu kerana terletak di kawasan kritikal tubuh yang boleh menyebabkan maut.Doktor percaya, dia yang menjadi mangsa amalan ilmu hitam bapa tirinya, ditusuk hampir 30 batang jarum, kurang daripada jangkaan awal lebih 50 batang ketika dimasukkan ke hospital Rabu lalu.Bapa tiri kanak-kanak itu, Roberto Carlos Magalhaes ditahan pihak polis selepas mengaku melakukan jenayah kejam tersebut lebih sebulan lalu kerana desakan oleh seorang wanita simpanannya.Polis berkata, suspek wanita, Angelina Ribeiro meminta lelaki itu membunuh mangsa sebagai ritual balas dendam terhadap isteri Magalhaes kononnya untuk mereka dapat kekal hidup bersama. – Agensi




Read more...

Ibu terkecil di dunia dapat cahaya mata

>> Saturday, December 12, 2009






STACEY bersama anaknya yang baru dilahirkan di sebuah hospital di Cincinnati, Ohio baru-baru ini.
CINCINNATI, Amerika Syarikat (AS) - Ibu terkecil di dunia, Stacey Herald selamat melahirkan anak ketiganya, Malachi lapor sebuah akhbar semalam.Sebelum ini, doktor memberi amaran kepada Stacey yang tingginya 0.7 meter mengenai risiko baginya untuk mengandung dan melahirkan anak kerana tubuhnya yang kecil.Bagaimanapun, ibu berusia 35 tahun itu nekad untuk berkeluarga dan telah melahirkan dua anak perempuan Kateri dan Makya masing-masing berumur tiga tahun dan 18 bulan sebelum memperoleh bayi ketiganya.Dia berkahwin dengan lelaki yang mempunyai ketinggian 1.7 meter iaitu Will Herald, 27.Bayi lelaki yang baru dilahirkannya itu memiliki berat cuma 0.9 kilogram.Bayi itu dilahirkan lapan minggu lebih awal menerusi pembedahancaesarean di sebuah hospital di sini pada 28 November lalu.Herald terpaksa menggunakan kerusi roda kerana menghidap penyakit ganjil genetik, Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang rapuh dan paru-parunya cacat selain merencatkan tumbesarannya. - Agensi


Read more...

Isteri bakar kemaluan suami dibicara Januari



ADELAIDE - Seorang isteri di Australia yang membakar kemaluan suaminya gara-gara cemburu akan didakwa pada Januari depan kerana membunuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Tertuduh iaitu Rajini Narayan, 44, (gambar) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Adelaide pada Jumaat lepas kerana tuduhan membunuh, membakar dan membahayakan nyawa.
Rajini yang juga ibu kepada tiga anak membakar zakar suaminya, Satish Narayan pada Disember tahun lalu.
Satish melecur teruk dan meninggal dunia beberapa minggu kemudian manakala rumah keluarga berkenaan turut rosak dan memerlukan kos $1 juta dolar Australia (RM3 juta) untuk dibaiki.
"Saya merupakan seorang isteri yang cemburu. Zakar suami saya hanya milik untuk saya seorang," tertuduh dilaporkan memberitahu jirannya selepas kejadian tersebut. - Agensi

Read more...

Surat paling mahal RM10.8j







TANDA tangan Washington masih kelihatan pada halaman 
surat ini yang dibeli pada acara lelongan di New York kelmarin.

SEPUCUK surat yang ditulis sendiri oleh presiden pertama Amerika Syarikat (AS), George Washington dilelong pada harga AS$.32 juta (RM10.8 juta), sekali gus mencipta rekod dunia baru.
Acara berlangsung di Christie kelmarin memecah rekod surat paling mahal sebelum ini yang juga ditulis oleh Washington, dan dilelong pada 2002 lalu dengan harga AS$834,000 (RM2.8 juta).
Surat itu ditulis Washington pada 1787 kepada seorang sepupunya yang meminta pengesahan berhubung draf perlembagaan baru bagi pengisytiharan kemerdekaan AS.
Namun agensi lelongan Christie tidak mendedahkan identiti pembida yang berjaya memperoleh warkah bersejarah itu. - AP

Read more...

Peniaga keranda berebut mayat

>> Friday, December 4, 2009




PETUGAS pengurus pengebumian menyiapkan satu mayat wanita di Guatemala City baru-baru ini.



GUATEMALA CITY - Pihak pengurusan mayat di ibu negara Guatemala semakin galak sehingga pengendali bisnes itu mendapat gelaran sinis sebagai 'Calaqueros' atau penjual tengkorak.
Mereka sanggup mengejar ambulans, menunggu di luar bilik mayat atau bergegas ke tempat jenayah untuk bertemu dengan anggota keluarga si mati bagi menjual pelbagai pakej pengebumian.
Bandar ini yang terkenal dengan kadar pembunuhan tinggi menyebabkan ramai pengusaha merasuah pihak berkuasa seperti polis dan bomba bagi mendapatkan mayat.
Mereka juga sedia menawarkan bantuan daripada permohonan sijil kematian atau permit pembakaran mayat kepada jualan keranda dengan harga semurah AS$150 (RM515).
Pengendali bisnes ini ada di mana-mana malah sebuah rumah pengurusan mayat di sini terletak dalam bekas bengkel kenderaan yang kini menjual keranda dan pelbagai urusan mayat.
Perang antara beberapa kumpulan samseng dan pengedar dadah menjadikan Guatemala City antara 10 bandar raya paling bahaya di dunia yang mencatat kadar kematian tertinggi. - AP

Read more...

Pengasuh dipenjara 125 tahun





COVINGTON - Seorang pengasuh bayi di Indiana, Amerika Syarikat, Samantha Light didapati bersalah kerana membuat rakaman video yang menunjukkan dia melakukan pelakuan seks dengan beberapa kanak-kanak termasuk yang berusia dua bulan.
Sebuah mahkamah di sini, 111 kilometer dari ibu negeri Indianapolis kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama 125 tahun walaupun dia memohon maaf kerana kesalahannya.
Pada bulan lalu, Light, 26, mengaku bersalah atas tiga dakwaan mencabul di sebuah mahkamah di sini.
Sebelum hukuman dijatuhkan berhubung tiga kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak, wanita itu mendakwa dipaksa berbuat demikian oleh teman lelakinya, Stephen E. Quick II.
Kesnya terbongkar pada Mac lalu apabila seorang budak perempuan berumur tiga tahun memberitahu ibunya bahawa Light menyentuh bahagian sulitnya dan aksi tersebut dirakamkan oleh teman lelakinya. - AP

Read more...

Sekolah cuma ada lima murid




 GAMBAR menunjukkan lima guru bergambar dengan lima murid di Sekolah Rendah Hollinsclough, Britain.


STAFFORD - Ramai ibu bapa bimbang jika anak mereka tidak dapat memasuki sekolah rendah yang dekat dengan kediaman mereka namun keadaan itu berbeza di Kampung Derbyshire di Hollinsclough, England.Bilangan murid di sebuah sekolah di sini cuma lima orang mengatasi jumlah guru yang seramai sembilan orang.Ia dipercayai sekolah paling kecil bilangan murid di Britain.Dua tahun lalu, Sekolah Rendah Hollinsclough, 224 kilometer dari London itu memiliki 50 murid yang dapat memenuhi koridor sekolah tetapi kini cuma tinggal empat murid lelaki dan seorang perempuan.Guru besar sekolah itu, Janette Mountford-Less percaya, pelajarnya memperoleh kelebihan apabila dapat belajar dengan bersemuka guru tanpa diganggu pelajar lain.Selain guru besar, sekolah itu mempunyai dua orang guru matapelajaran am, seorang guru muzik, seorang guru seni dan seorang pengajar teknologi maklumat serta tiga penolong guru.Sekolah itu tidak mempunyai pasukan bola sepak.Murid-murid menggunakan padang sebuah sekolah berhampiran untuk mengikuti pendidikan jasmani.Terdapat perhimpunan mingguan dan sesi belajar bermula dari pukul 9 pagi hingga 3 petang di sekolah itu.Murid tertua berusia 10 tahun, Jorge Barna diikuti Steven Bellfield, sembilan tahun manakala murid tunggal perempuan ialah Sammy Wilston.Bilangan murid merosot apabila ramai keluarga berhijrah dan ada ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah itu kerana bilangan muridnya yang kecil. – Agensi

Read more...

Guna kelopak mata tarik van




HEFEI - Seorang lelaki China, Xie Zhongcai menunjukkan aksi lagak ngeri apabila dia menunda sebuah van kecil dengan kelopak matanya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia berjaya menarik van itu dalam satu demonstrasi seni mempertahankan diri yang diadakan di Dataran Heping, ibu negeri wilayah Anhui di sini, 1,071 kilometer dari Beijing.
Dia turut mempamerkan aksi menarik van tersebut dengan telinga pada pertunjukan yang diadakan 30 November lalu. - Agensi

Read more...

SALAM DARI PENERBIT

>> Monday, November 16, 2009


UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA,BRUNEI,INDONESIA DAN SINGAPURA YANG MENGENALI SAYA.

Asalamualaikum...dan salam sejatera kepada semua pengunjung blog saya ini.Di blog ini saya hanya menyediakan cerita pelik-pelik tapi benar dan bahan ceritanya saya perolehi dari akbar kosmo! dan ada juga yang saya dengar dari kawan sekerja.Tujuan utama saya menyediakan koleksi cerita-cerita pelik ini sekadar mengisi masa cuti di hujung minggu.Saya berterima kasih kepada semua pengunjung blog yang sudi membaca cerita yang saya sajikan disini.Jika ada pengunjung yang mempunyai cerita-cerita pelik sila e-mail kan cerita anda ke alamat: udins_koleksicerita@yahoo.com.my dan kita kongsikan cerita tersebut disini.Terimah kasih.

Read more...

Ibu terkecil dunia hamil lagi


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


STACEY bersama seorang anak sulungnya.



LOUISVILLE - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Stacey Herald, 35, yang dianggap ibu paling kecil di dunia bakal melahirkan anak ketiganya, lapor sebuah akhbar semalam.Dia yang tinggi 71 sentimeter diberi amaran sekali lagi oleh doktor mengenai risiko kehamilan itu biarpun pernah bersalin anak sulung, Kateri pada 2006 dan Makaya pada tahun lalu.Suaminya, Will memiliki ketinggian normal 1.75 meter.Namun mereka meneruskan hasrat untuk menimang anak bongsu itu serta menganggapnya sebagai hadiah daripada Tuhan."Kami tidak pernah merancang untuk mendapat lebih dua anak namun beranggapan anak-anak ialah hadiah paling bernilai di dunia," katanya.Pasangan itu mula bertemu pada tahun 2000 ketika bekerja di sebuah pasar raya yang sama di bandar asal mereka, Dry Ridge, 111 kilometer dari ibu negeri Kentucky, Louisville.Mereka berkahwin pada 2004 dan sudah membesarkan dua anak perempuan bersaiz normal.Wanita itu menderita penyakit Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang tumbesaran terbantut.- Agensi


Read more...

Kaki botol ketuk paku di kepala


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


LIN yang mengetuk sendiri paku di kepalanya dirawat di Kolej Perubatan Shantou, China.

BEIJING - Seorang suami berumur 66 tahun, Ma Lin melakukan tindakan drastik apabila mengetuk sebatang paku sepanjang 20.3 sentimeter di kepalanya apabila isterinya mengkritik perbuatannya yang kaki botol, lapor sebuah akhbar semalam.Anggota-anggota paramedik di Kolej Perubatan Shantou, China berjaya menarik keluar paku itu yang tertanam 2.54 sentimeter dari otaknya baru-baru ini.Menurut Lin: "Saya menganggap kehidupan sudah tidak bernilai lagi menyebabkan saya berusaha untuk menamatkannya. Saya terjaga (daripada mabuk) dengan berasa amat sakit." - Agensi


Read more...

Ikan keli gergasi ditangkap di Sepanyol



BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


LONDON - Seorang pemancing, Sean Kinnear berjaya menangkap seekor ikan keli antara yang paling berat di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.Dia yang berumur 27 tahun dari Hitchin bergelut selama 15 minit sebelum menangkap ikan keli seberat 107.95 kilogram (kg) di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.Menurutnya, ikan itu muncul di permukaan dan kami semua terperanjat kerana ia sungguh besar."Ia amat berat dan batang pancing bengkok. Saya berusaha untuk menariknya manakala empat orang terpaksa menariknya ke daratan," katanya.Sean yang memancing sejak berumur 12 tahun mengikuti bapa dan sepupunya untuk memancing dekat dengan bandar Mequinenza di Sepanyol.Ikan itu ditimbang untuk mengetahui beratnya sebelum dilepaskan semula ke dalam sungai.Sebelum ini ikan keli paling besar pernah ditangkap ialah di Sungai Mekong, Thailand dengan beratnya ialah 293kg pada 2005. – Agensi

Read more...

Wanita ketagih miliki ramai anak


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!



NADYA SULEMAN (tengah) bersama bayi kembar lapan yang diletakkan di sebuah meja khas di Los Angeles baru-baru ini.

LOS ANGELES - Ibu bayi kembar lapan di Amerika Syarikat (AS), Nadya Suleman ketagih untuk memiliki lebih ramai anak walaupun terpaksa mengupah beberapa pengasuh bagi menjaga lapan anaknya, lapor sebuah akhbar semalam."Sesetengah orang ketagihan dadah. Saya pula ketagih memiliki anak," kata wanita berusia 34 tahun itu yang mengimpikan sebuah keluarga besar setelah menjadi anak tunggal kepada pasangan suami isteri, Ed dan Angela Suleman.Setiap kali tiba waktu makan, suasana kediamannya di sini bingit dengan tangisan bayi manakala empat orang pengasuh bergegas membantu memberi susu kepada kelapan-lapan bayinya kerana Nadya tidak mampu melakukan tugas tersebut berseorangan."Setakat ini mereka sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan," katanya.Nadya mencuri perhatian masyarakat dan media AS apabila menjadi ibu bayi kembar lapan kedua di dunia pada Januari lalu selepas 11 tahun kelahiran kembar lapan Chukwu di Houston, Texas.Namun, perasaan kagum orang ramai bertukar benci apabila media mendedahkan bahawa Nadya menganggur serta memiliki enam orang anak berusia bawah 8 tahun namun dia secara sengaja melahirkan kembar lapan itu menerusi rawatan persemanian luar rahim (IVF).Wanita itu yang masih bujang, menyara 14 orang anaknya menerusi bantuan kebajikan kerajaan California yang berjumlah AS$4,153 (RM14,133) sebulan selain tajaan pihak swasta. - Agensi


Read more...

Bercerai pada umur 98 tahun



BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


CORNWALL - Seorang lelaki di Britain, Bertie Wood dan isterinya, Jessie Wood merupakan pasangan tertua bercerai di dunia pada usia 98 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Pasangan tersebut menandatangani satu perjanjian untuk menamatkan perkahwinan mereka yang dimeterai 36 tahun lalu.Beberapa bulan selepas mereka bercerai, Bertie meninggal dunia sebelum menyambut hari jadinya yang ke-99 manakala menurut beberapa orang jiran, Jessie kini tinggal di sebuah rumah orang tua di sini.Pasangan berkenaan berkahwin pada 1972 dan berpindah ke England empat tahun kemudian sebelum berpisah pada 2008."Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, ia amat menyedihkan kami," kata seorang anak perempuan Jessie, Pauline Rowe, 65, kelmarin.Seorang pakar perceraian, Francine Kaye turut melahirkan perasaan sedih dan kesal apabila mengulas berhubung perpisahan dua warga emas itu"Pada usia senja itu, mereka sepatutnya saling memahami di antara satu sama lain," katanya. - Agensi


Read more...

Britney malu besar


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


PERTH - Britney Spears (gambar) berkurung di bilik hotel penginapannya di sini semalam selepas kontroversi dia menyanyi secara gerak bibir bakal menjejaskan konsert jelajah Australia bintang pop berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.Ramai peminat berasa tertipu dengan persembahan hambar Spears bertindak meninggalkan konsertnya di Burswood Domes pada Jumaat lepas semasa lagu ketiganya dinyanyikan.Rata-rata, peminat penyanyi itu mendakwa persembahan Spears langsung tidak berbaloi dengan tiket berharga AS$200 (RM623) yang dibayar oleh mereka."Saya mahu wang saya dikembalikan. Saya membayar wang yang mahal cuma untuk menyaksikan (Spears) menggerakkan bibir," kata seorang peminat, Amanda Hawlet, 22."Nyanyian dan persembahan Spears sungguh teruk. Dia tidak mengeluarkan suara langsung dan persembahannya hambar," kata seorang lagi peminat, Kathy Wright, 32.Selain itu, peminat turut mempersoalkan paparan skrin yang kabur dan hanya menunjukkan imej sarkas.Mereka mendakawa ia sebagai cubaan menutup kelemahan persembahan Spears selain tindakannya yang kerap berpaling ke belakang.Kontroversi nyanyian gerak bibir itu membuatkan Spears semakin tertekan sejak dia tiba di Australia selain menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuk saluran CNN di Amerika Syarikat. - Agensi

Read more...

Zirafah nadir Afrika muncul mengejut


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


KOURE - Haiwan tertinggi di dunia, zirafah muncul secara mendadak di Niger setelah dipercayai hampir pupus dengan hanya 50 ekor dikesan pada abad ke-20.Kehadiran semula lebih 200 ekor mamalia itu secara tiba-tiba di sebuah perkampungan di sini, 240 kilometer dari ibu negara Niamey, mengejutkan penduduk negara bekas jajahan Perancis itu.Pakar-pakar pemuliharaan haiwan berkata, kemunculan zirafah dengan nama saintifik Giraffa camelopardalis peralta itu hasil usaha kerjasama pihak kerajaan dan penduduk kampung.Zirafah tersebut mempunyai bintik-bintik jingga perang yang semakin pudar dan menjadi warna putih pada bahagian kaki.Pengasas Yayasan Pemuliharaan Zirafah, Julian Fennessy menganggarkan terdapat 140,000 ekor zirafah 10 tahun lalu sebelum merosot kepada kurang 100,000 ekor kini.Jelasnya, seekor zirafah berkenaan dianggarkan seberat 1,000 kilogram serta boleh berlari sehingga 55 kilometer namun haiwan itu boleh mati jika tersungkur.Zirafah Afrika Barat antara sembilan spesies zirafah di benua Afrika yang diancam kepupusan apabila menjadi sasaran pemburu haram untuk dijual sebagai hidangan di restoran eksotik.Fennessy yang berkhidmat dengan yayasan berpusat di Nairobi, Kenya itu berkata, usaha pemantauan agak sukar kerana sebahagian besar zirafah tinggal di luar Taman Negara.Dia berkata, walaupun pemburuan zirafah adalah dilarang di kebanyakan negara, pihak berkuasa didakwa sering terlepas pandang menyebabkan kitaran pemuliharaan terganggu. – AP

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP